Saturday 21 January 2012

Syarikat JENGKA Sdn. Bhd.






Lazimnya sesebuah bandar dikaitkan dengan Cina kerana tradisi komuniti bangsa tersebut mengusahakan perniagaan.

Berdasarkan ukuran itu, di sinilah terletaknya keistimewaan Bandar Pusat Jengka, Pahang kerana ia sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu 100 peratus.

Dengan nama rasminya Bandar Tun Razak Jengka, ia terletak di tengah-tengah gugusan tanah rancangan Felda yang terbesar di Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Jengka Tiga Segi kerana meliputi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut.

Bandar tersebut pada mulanya merupakan sebuah penempatan pekerja-pekerja Kilang Syarikat Jengka Sdn Bhd. (SJSB) anak syarikat kerajaan Pahang sekitar tahun 1969. Namun beransur-ansur menjadi penting sebagi pusat perniagaan bagi menampung keperluan puluhan ribu warga peneroka pada ketika itu.

‘Bandar Felda’ ini terletak di bawah pentadbiran Daerah Maran tetapi berada di bawah Parlimen Kuala Krau.

Bermula pada tahun 1983 pembangunan Bandar Jengka telah diurustadbir oleh sebuah agensi kerajaan pusat iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Pada ketika itulah Bandar Jengka membangun dengan pesat menyamai sebuah daerah. Di situlah terletaknya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang iaitu universiti pertama di negeri ini. Terdapat dua buah kolej, empat buah sekolah menengah, tiga buah sekolah rendah dan maahad tahfiz.

Kemudahan lain ialah hospital Jengka, Masjid Sultan Ahmad Shah, lima buah bank perdagangan, Tabung Haji serta agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Agama Islam, balai polis, bomba, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dan pejabat Bekalan Air Pahang.Namun LKWJ dibubarkan pada Oktober 2000.
Sebenarnya kedudukan strategik Bandar Jengka sememangnya layak dinaikkan taraf menjadi daerah sendiri kerana terdapat dua buah bandar kecil berhampirannya iaitu pekan Sungai Jerik dan Pekan Kuala Krau. Lagipun selama ini penduduk persekitaran sememangnya berurusan di Bandar Jengka yang sudah lengkap dengan pra-sarana dan keperluan sebuah daerah.

Dengan siapnya jambatan baru Kuala Krau merentasi Sungai Pahang, Bandar Jengka menjadi semakin penting.

Jalan-jalan utama Jengka menjadi semakin sibuk apabila tiba musim perayaan dan cuti umum kerana kebanyakan generasi kedua Felda yang berjaya pulang dari ibu kota dan bandar-bandar besar seluruh negara.

Jengka berpotensi jadi tarikan pelancong


Tidak jauh dari Bandar jengka terdapat tempat-tempat destinasi menarik kunjungan ramai. Antaranya ialah Gunung Senyum, Gunung Jebak Puyuh, Bukit Nyamuk, dan Gua Kota Gelanggi yang kaya dengan khazanah alam flora dan fauna. Kawasan rekreasi utama yang terkenal pula ialah Air Terjun Teladas, Lubuk Yu dan Lubuk Jid.

Saturday 14 January 2012

Subhanallah, ini lah 7 keajaiban dunia sebenar menurut islam


1. Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Allah kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mula meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lain sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3 / 498)]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbit matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia ". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

2. Pohon Kurma yang Menangis
Adanya pohon kurma yang menangis ini berlaku di zaman Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-bertutur,

"Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami telah mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah - shollallahu 'alaihi wasallam-turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pokok kurma tersebut ". [HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]
Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Dulu Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) ". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

3. Ucapan Salam daripada Batu 
Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang". [HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] .

4. Pengaduan Seekor unta
Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia sahaja yang mempunyai perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak mempunyai perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam-pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, "unta itu milikku, wahai Rasulullah".

Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda,

"Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Daud dalam As-Sunan (1 / 400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8 / 1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6 / 26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

5. Kesaksian Kambing Panggang
Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata,
"Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda, "Angkatlah tangan kamu, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro 'bin Ma'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu ". Kemudian Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, "Sentiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4512). Di-sahih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

6. Batu yang Berbicara
Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang bercakap di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-tidak pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,
"Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di sebalik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pokok, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat ". [Lihat Fathul Bari (6 / 610)]

7. Semut Memberi Arahan
Mungkin kita pernah mendengar cerita rekaan tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, seperti seorang komander pasukan yang memberikan arahan. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Quran,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang yang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin.

Wednesday 4 January 2012

Selawat ke atas Junjungan kita Rasullulah SAW

Sama2lah kita memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan kita Rasullulah SAW.....moga kita akn mendapat syafaatnyer di akhirat kelak....insyaallah
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata: Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, “Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!”
Seterusnya aku bertanya: “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”
Jawab Rasulullah: “Orang yang bakhil.”
Aku bertanya lagi: “Siapakah orang yang bakhil itu?”
Jawab baginda: “Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.”

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa: Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as telah berkata kepadaku;
Berkata Jibril A.S:
“Wahai Rasulullah SAW, barangsiapa yang membaca SELAWAT ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Malaikat Malik A.S pula berkata:
“Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata Malaikat Israfil A.S:
“Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu.”

Berkata Malaikat Izrail A.S:
“Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.”

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” [Surah Al-Ahzab: 56]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku.” [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Maka, jangan pernah lupa untuk berselawat untuk Nabi Muhammad S.A.W… banyak fadhilat dan keuntungan dengan mengingati Baginda. Itulah sekurang2 nya tanda ingatan dan kasih sayang yang dapat kita berikan kepada Rasulullah, atas balasan segala kasih sayang dan doa beliau kepada kita semua umatnya yang lebih banyak dan tidak terhingga

GUNUNG LEDANG


Gunung Ledang, Tangkak, Johor (4187')
Gunung ini merupakan sebuah gunung lagenda. Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan masyarakat hingga kini. Gunung ini dikawal selia oleh Taman Negara Johor Gunung Ledang/Taman Hutan Lagenda. Penjajah British pula mengelar gunung ini Mt. Ophir kerana keindahannya yang tersendiri.
Trail
Trail ke puncak gunung ini ada dari Melaka dan ada dari Johor. Pendaki mempunyai beberapa pilihan trail:-
Ayer Panas Trail
Lagenda Trail
Asahan Trail
Ulu Jementah Trail
Telekom Tower Road
Ayer Panas Trail
Nama trail ini agak baru bagi pendaki tetapi trail ini yang telah lama dikenali dengan panggilan trail sagil/resort. Trail ini bermula dari kawasan G. Ledang Resort terletak di Sagil. Trail ini boleh dikatakan bersebelahan Sg. Ayer Panas yang menjadi antara daya tarikan pengunjung untuk bermandi-manda. Trail ini sebenarnya begitu banyak laluan yang akan bertemu kembali dibeberapa checkpoint. Pos Pendaftaran Taman Negara ada dipintu masuk ke kawasan rekreasi untuk pendaki melaporkan pendakian.2
Kolam Puteri
Kolam ini sebahagian dari Sg. Ayer Panas yang berjeram. Keadaannya seperti kolam dan mempunyai lagenda tempat mandi si Puteri Gunung Ledang.
Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.
Kolam Anak Gajah
Seperti Kolam Puteri, kolam ini juga berada di sungai yang sama. Terdapat satu air terjun berdekatan kolam ini. Disini ada 2 trek ke Kolam Gajah. Pendaki boleh memilih samaada hendak merentas sungai dan trekking tepi air terjun atau terus tanpa lalu tepi sungai. Trek tepi air terjun ini antara laluan menarik G. Ledang.
Kolam Gajah
Satu lagi checkpoint pendaki. Kawasan ini mempunyai kolam besar dan dalam sesuai dengan namanya. Kawasan perkhemahan disini cukup besar hingga ada zon yang dinamakan Pasir Panjang dan Pulau. Lebih 300 pendaki boleh berkhemah disini.
Batu Sampan & Kem Batu Kapal
Checkpoint ini hanya akan dilalui pendaki sekiranya memilih alternatif trail ke Sg. Segitiga dari Kolam Gajah. Melalui Pasir Panjang pendaki akan jumpa seketul batu besar umpama sampan yang dikenali 'Batu Sampan'. Seterusnya pendaki akan melintas Kem Lembah Panglima kemudian akan lalu di Kem Batu Kapal. Kalau tadi batu sampan kali ini batu kapal lebih besar umpama kapal dipandang dari bahagian depan.

Sg. Segitiga
Kem Sg. Segitiga ini merupakan pertemuan 3 batang anak sungai. Kawasan ini dikatakan agak 'keras' tetapi tidaklah ditutup kem ini untuk pendaki bermalam.
Gua Kambing
1 Jam trekking dari Sg. Segitiga. Trek agak mencanak tapi agak menarik kerana pendaki melalui akar-akar kayu yang merentangi bongkah batu. Menurut lagenda, ada kambing tersesat dan masuk ke gua ini tetapi kambing tersebut tidak dijumpai didalam gua ini kerana gua ini ada satu lagi pintu keluar dihujungnya.

Batu Hampar
Kawasan dinding batu granit yang besar setinggi kira-kira 40meter ini perlu didaki menggunakan tali. Tali telah siap sedia ada disini. Dari atas Batu Hampar pendaki boleh melihat sebahagian daerah Tangkak.
Taman Bonsai
Pada ketinggian lebih 3000' dpl pendaki akan melintasi zon pokok-pokok bonsai seperti disebuah taman bonsai.

Bukit Botak
Bukit ini agak gondol dan lapang sesuai dengan jolokan yang diberi. Pemandangan dari sini dapat dilihat puncak G. Ledang. Ada sumber air berdekatan dari alur sungai. Pokok-pokok resam juga penuh disekitarnya.
Lembah Majapahit
Lembah ini ada sumber air dari anak sungai. Pendaki boleh dapat bekalan air terakhir disini. Ada laluan alternatif ke puncak gunung tanpa melalui lembah ini.


Puncak G. Ledang
Puncak ini ditandakan dengan tugu batu. Puncak ini terdedah dengan mentari dan tiupan angin. Panorama dari puncak ini memaparkan Selat Melaka, daerah Tangkak, Puncak Telekom dan Puncak G. Rundok.
 

Lagenda Trail
Trail ini bermula dari Taman Hutan Lagenda, Sagil. Pejabat Utama Taman Hutan Lagenda didirikan disini bagi mengelola serta mengawal jumlah pendaki. Trail dari sini ke Sg. segitiga dinamakan lagenda trail. Perjalanan dari Taman Hutan ke Kolam Gajah kira-kira 3-4 jam terkking. Bermula dengan laluan bertangga batu dinamakan Tangga Mahligai.
Bukit Semput
Pendaki akan mendaki Bkt Semput, walaupun tidak berapa mencanak, tetapi tetap memberi cabaran pada pendaki lebih-lebih lagi pendaki baru.
Batu Orkid
Checkpoint ini dinamakan sempena sebongkah batu umpama bunga orkid. Inilah checkpoint terakhir sebelum trail ini bertembung dengan Trail Ayer Panas. Pendaki boleh juga memilih alternatif melalui Laluan Kijang ke Kolam Gajah.

 

Asahan Trail
Ini satu-satunya trail dari Melaka bermula dari Lubuk Kedondong, Asahan. Pos Taman Hutan Lagenda ada didirikan disini bagi pendaki ke G. Ledang melaporkan pendakian. Trek Asahan Trail tidak mencanak tetapi agak panjang berbanding trek dari Sagil.
Batu Bersurat
Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak.


G. Rundok
Gunung ini terletak dinegeri Melaka dan satu checkpoint di Asahan Trail. Ketinggian gunung ini sekitar 3000' jauh untuk menandingi puncak G. Ledang membuatkan nama gunung ini tidak sepopular G. Ledang.

Padang Batu
Sebuah padang diatas bongkah batu besar ini kini mempunyai sebuah pondok. Sepanjang Asahan Trail inilah tempat untuk pendaki berkhemah. AWAS berkhemah dipadang ini kerana tiupan angin boleh menerbangkan khemah. Pendaki boleh memperoleh bekalan air dan berendam di sungai berdekatan.
Hentian Hanuman
Checkpoint ini tidak ditanda dengan sebarang papan tanda. Menurut Lagenda, sang Hanuman ada berhenti disini setelah berjalan di G. Ledang. Pendaki mungkin dapat bertemu dengan monyet yang masih banyak disini. Ada beberapa checkpoint yang juga tidak mempunyai tanda yang jelas buat pendaki dari Padang Batu ke sini ialah, Batu Berlumut, Lembah Beruang dan Hentian Unggas.
Lubuk Kedondong
Kawasan rekreasi dan tempat masyarakat tempatan berkelah dihari cuti. Air sungai di jeram ini agak kering kerana diempang untuk disalurkan ke palong air. Pendaki boleh juga mandi di pintu air malah didalam palong air.
Ulu Jementah Trail
Trail ini jarang sekali dilalui. Trail ini bermula dari Kg. Ulu Jemantah dan dikatakan mengambil masa 2 hari penuh perjalanan melalui sepanjang permatang ke Puncak G. Ledang. Trail ini melalui beberapa checkpoint seperti Jeram Tinggi(CP1) dan tempat berkhemah, Air Sedap(CP2), sumber air terakhir pendaki. Airnya dari mata air dan dikatakan mempunyai rasa yang sedap. Checkpoint seterusnya ialah Puncak Jementah,CP3 (2447'), Anjung Mahligai,CP4 yang mempunyai tapak khemah dan G. Mahligai hingga ke puncak G. Ledang. G.Mahligai berdekatan puncak G. Ledang dan hanya berbongkah batu.
Telekom Tower Road
Berdekatan puncak g.Ledang ada didirikan Menara Pemancar Telekom. Jalan tar dari Empangan Tangkak ke sini dibina bagi kemudahan penyelengaraan. Pendaki boleh mengambil peluang menggunakan jalan ini. Jarak puncak G. Ledang ke menara Telekom hanya 10 minit trekking. Mudah bukan. Kebiasaannya warga tua terutama datang dengan agensi akan melalui jalan ini

GUNUNG LEDANG.. terletak di kawasan Sagil dalam daerah Tangkak bersempadan dengan daerah Jasin di Melaka.Gunung setinggi 4,187 kaki (dari aras laut) silamnya dipanggil “Mount Ophir” oleh orang-orang Portugis.( sumber sejarah Melaka di Perpustakaan Lisbon, Portugal) yang menguasai negeri Melaka pada tahun 1511. 


Di kawasan gunung ini juga pernah diceritakan wujudnya emas dan pernah ditemui di suatu kawasan gunung yang dinamakan Gunung Gemih. Cerita orang dahulu, ketika Gunung Ledang masih baru didaki orang dan belum mendapat jalan mendaki seperti sekarang. Sesiapa yang sedang mendakinya akan merasakan sesuatu yang luarbiasa seolah-olah sedang berada di suatu tempat yang sangat indah.




dari puncak Gunung Ledang


ANTARA MAKLUMAT PENTING BERKAITAN SEJARAH GUNUNG LEDANG YANG BELUM DIKETAHUI UMUM IALAH:-


  1. LEDANG.. menurut 'Kamus Dewan' ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti : menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.
  2. Adalah dipercayai nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.
  3. Maklumat daripada Sejarah China pula Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang.Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.
  4. Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.
  5. Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.
  6. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai “GUMMAY” yang bermaksud sebuah pusat perusahan emas.
  7. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.
  8. Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.






PUTERI GUNUNG LEDANG :-
Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. 

Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang. Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya,samaran kepada Puteri Gunung Ledang. 

Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
  • 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati kuman.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.

Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan yang meminang dengan Puteri Gunung Ledang bukannya Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mansor Shah.


(Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).


Selain itu dalam Hikayat Hang Tuah, sahabat yang menderhaka ialah Hang Jebat. Akan tetapi dalam Sejarah Melayu, cerita 'Shellabear' ialah Hang Kasturi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...