Saturday 21 January 2012

Syarikat JENGKA Sdn. Bhd.






Lazimnya sesebuah bandar dikaitkan dengan Cina kerana tradisi komuniti bangsa tersebut mengusahakan perniagaan.

Berdasarkan ukuran itu, di sinilah terletaknya keistimewaan Bandar Pusat Jengka, Pahang kerana ia sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu 100 peratus.

Dengan nama rasminya Bandar Tun Razak Jengka, ia terletak di tengah-tengah gugusan tanah rancangan Felda yang terbesar di Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Jengka Tiga Segi kerana meliputi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut.

Bandar tersebut pada mulanya merupakan sebuah penempatan pekerja-pekerja Kilang Syarikat Jengka Sdn Bhd. (SJSB) anak syarikat kerajaan Pahang sekitar tahun 1969. Namun beransur-ansur menjadi penting sebagi pusat perniagaan bagi menampung keperluan puluhan ribu warga peneroka pada ketika itu.

‘Bandar Felda’ ini terletak di bawah pentadbiran Daerah Maran tetapi berada di bawah Parlimen Kuala Krau.

Bermula pada tahun 1983 pembangunan Bandar Jengka telah diurustadbir oleh sebuah agensi kerajaan pusat iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Pada ketika itulah Bandar Jengka membangun dengan pesat menyamai sebuah daerah. Di situlah terletaknya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang iaitu universiti pertama di negeri ini. Terdapat dua buah kolej, empat buah sekolah menengah, tiga buah sekolah rendah dan maahad tahfiz.

Kemudahan lain ialah hospital Jengka, Masjid Sultan Ahmad Shah, lima buah bank perdagangan, Tabung Haji serta agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Agama Islam, balai polis, bomba, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dan pejabat Bekalan Air Pahang.Namun LKWJ dibubarkan pada Oktober 2000.
Sebenarnya kedudukan strategik Bandar Jengka sememangnya layak dinaikkan taraf menjadi daerah sendiri kerana terdapat dua buah bandar kecil berhampirannya iaitu pekan Sungai Jerik dan Pekan Kuala Krau. Lagipun selama ini penduduk persekitaran sememangnya berurusan di Bandar Jengka yang sudah lengkap dengan pra-sarana dan keperluan sebuah daerah.

Dengan siapnya jambatan baru Kuala Krau merentasi Sungai Pahang, Bandar Jengka menjadi semakin penting.

Jalan-jalan utama Jengka menjadi semakin sibuk apabila tiba musim perayaan dan cuti umum kerana kebanyakan generasi kedua Felda yang berjaya pulang dari ibu kota dan bandar-bandar besar seluruh negara.

Jengka berpotensi jadi tarikan pelancong


Tidak jauh dari Bandar jengka terdapat tempat-tempat destinasi menarik kunjungan ramai. Antaranya ialah Gunung Senyum, Gunung Jebak Puyuh, Bukit Nyamuk, dan Gua Kota Gelanggi yang kaya dengan khazanah alam flora dan fauna. Kawasan rekreasi utama yang terkenal pula ialah Air Terjun Teladas, Lubuk Yu dan Lubuk Jid.

1 comment:

  1. Saya pernah berkhidmat di Sharikat Jengka Sdn Bhd (SJSB) pada pertengahan tahun 1974 & 1975 selama satu tahun di Bahagian Perjawatan (Personnel Department). Managing Director pada masa itu ialah Encik Ahmad Mohd Don (yang kemudian dilantik sebagai Governor Bank Negara). Personnel Manager iaitu my boss ialah En Mohd Hamzah Pilus.
    Walaupun hanya satu tahun bertugas di sini banyak kenangan manis yang masih segar dalam ingatan.
    Saya sedang mencari sahabat2 lama yang sama2 bekerja masa tu. Di antaranya Tazul Azmi Mohd Nasir, Daddy Harun, Abdul Wahid, dan ramai lagi yang nama mereka pun dah ingat2 lupa.
    Sesiapa yang ada info berkaitan dg mereka samada keluarga, saudara mara, kawan atau sebagainya, mohon hubungi saya melalui fb saya Abd Rahman Al-Haj atau e-mail saya abrahman887@gmail.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...