Petua

Resepi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.
Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit .
Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan
keimanan ,rasa tanggungjawab dan campuran akhlak
mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan
ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke
dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah
dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan
tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok,
jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik.
Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat,
syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan
dengan baik.

--------------------------------------------
Susu Kambing - Sunnah Rasullulah Yang Dilupakan



Kambing mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam
sejarah Islam - sejak zaman nabi Adam lagi kambing telah
diternak. Putera baginda Habil dan Qabil menternak kambing.
Nabi Ibrahim merupakan penternak kambing yang
agung, terdapat 12 ribu ekor anjing yang menjaga
kambing-kambingnya, berlaku peristiwa korban (melibatkan
kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.
Nabi Isa juga menternak kambing. Terdapat Bani
Israel iaitu satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa
 cerdik, mengamalkan minuman susu kambing hingga ke
hari ini.
Nabi besar Muhammad SAW adalah penggembala kambing.
Antara minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW
adalah susu kambing segar, terus diminum sesudah
diperah daripada kambing. Dalam peristiwa Israk dan
mikraj, nabi Muhammad SAW telah disediakan 3
jenis minuman oleh Jibrail iaitu arak,madu dan susu.
Baginda memilih susu.
Dalam sejarah peradaban timur, terdapat penggunaan
susu kambing yang menarik. Puteri maharaja Cina pada
zaman dahulu telah mengamalkan minum
susu kambing dan sering berendam dalam susu kambing
untuk menjaga kecantikan mereka. Mahatma Gandhi,
tokoh sejarah negara India minum segelas susu kambing
setiap pagi dan malam sebagai amalan harian.
Sumber nutrien dalam susu kambing - termasuklah
Vitamin A, B1, B2, C,D, B12, asid folik, inositol,
sodium, potassium dan selenium. Kelebihan
susu kambing kerana khasiatnya yang tinggi protein,
kalsium,vitamin dan selenium. Sebagai makanan
tambahan/suplemen, susu kambing
dipercayai mempunyai khasiat seperti berikut:
  • susu terbaik selepas susu ibu
  • tidak menyebabkan alahan
  • bersifat alkali, susu lembu asidik
  • tingkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan
  • tidak menyebabkan kahak
  • memulihkan tenaga batin
  • melambat proses penuaan
  • membantu merawat senggugut
  • membantu merawat darah tinggi, diabetes, 
  • batuk kering, lemah jantung dan gout
  • imbangkan kadar gula dalam darah dan kolestrol
  • mengutkan jisim tubuh - tulang, otot, sendi kulit dan saraf
  • melancar sistem penghadaman dan usus
  • membantu merawat demam kuning, gastrik, ulser, asma.
  • sakit  kulit dan sukar tidur
Pada hari ini semakin mudah untuk mendapatkan susu kambing
sebagai makanan tambahan harian, kerana terdapat syarikat
yang telah memasarkan susu kambing segar dalam bentuk
serbuk dan dipekkan dalam sachet yang senang digunakan.
Dengan teknologi terkini, susu kambing sekarang boleh diminum
tanpa bau kambing yang kuat, tanpa gula (semula jadi), tanpa bahan
pengawet dan mudah disediakan, cuma tuang dalam air suam,
kacau dan minum. Selamat mencuba sempena bulan Ramadhan
yang diberkati, minumlah segelas susu kambing
untuk iftar (berbuka puasa), Selain menjaga kesihatan,
kita dapat hidupkan sunnah, insyaAllah.

------------------------------------------------
Khasiat  Air Kelapa




Sejak sekian lama, kelapa dikenal sebagai tumbuhan yang
kaya manfaat lagi berkhasiat. Hampir tiada bahagian dari
tanaman kelapa yang tidak bermanfaat bagi kehidupan
manusia. Namun sedikit pula orang yang tidak faham khasiat
setiap bahagian dari kelapa. Air kelapa misalnya, sangat
berkhasiat bagi kesihatan dan kesegaran tubuh. Agar air
kelapa tak terbuang percuma, anda
perlu tahu apa saja khasiat dan kegunaannya. Inilah
tujuh alasan mengapa anda perlu minum air kelapa:

1. Air kelapa ternyata lebih bernutrien berbanding susu penuh (whole milk)
kerana tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak.

2. Air kelapa dapat memperbaiki kitaran darah dan
terkenal kerana mampu membersihkan saluran  pencernaan.

3. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem
kekebalan tubuh anda lebih baik, tetapi juga membantu
tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.

4. Jika anda mengidap penyakit batu karang, biasakanlah
meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air
kelapa akan membantu memecahkan batu karang
tersebut dan memudahkan ia keluar dari tubuh.

5. Air kelapa juga terkenal sejak dahulu dapat
menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas
air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat
susah kencing.

6. Jika anda masih merasa pening kerana mabuk
laut atau kereta, tak ada yang boleh memulihkannya
dengan cepat selain meminum air kelapa.


7. Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya dengan
elektrolit dan potassium . Potassium dapat membantu
tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi jantung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...